Assalamualaikum,

Okay soooo seperti yang dijanjikan pada post yang lepas, kali ini Nai akan ceritakan tentang masalah kesihatan yang Nai mention di post sebelum ini which is Nai disahkan menghidapi kanser tiroid, dalam bahasa sainsnya ialah 'Papillary Thyroid Carcinoma'.


Nai akan terangkan dengan lebih detail pada post akan datang. Post kali ini Nai hanya akan ceritakan history macam mana penyakit ini dikesan. Kalau ada yang nak skip terus ke detail pun boleh, tiada masalah. 


How? Nai start perasan bila nai tengok cermin, leher kiri Nai membengkak, boleh nampak ketara ya perbezaan leher Nai sebelah kiri dan kanan masa tu lain.


When? Masa tu sebelum Raya Haji 2019, lagi beberapa hari je nak raya.


So, after raya haji, Nai pun pergilah buat checkup di klinik tapi doktor sarankan Nai pergi ke hospital untuk buat fully medical checkup. 


Nai pun pergi ke hospital, after ambil darah dan buat CT Scan yang macam pregnant mom buat tu tapi yang ni diorang scan kat leher lah, letak gel apa semua sama macam pregnant punya. Result keluar memang tiroid kiri nai membengkak which is masa tu dah 5cm diameter. 


After CT Scan, doktor sarankan ambil sample untuk tahu sama ada yang bengkak itu hanya tiroid atau tumor sebab cara treatment berbeza. Then, tadaaa surprise memang keputusan result sample tak elok yang Nai dapat tapi mak Nai lah yang paling cuak masa tu.


So, nak taknak kenalah jalani operation. First operation yang Nai buat adalah pada bulan September. Second operation pula pada bulan Oktober. Kenapa sampai dua kali operation ?


Sebabnya macam ni, if result tiroid yang Nai buang masa first operation tu, tumor dia tidak melebihi 5cm.. Nai tak perlu buang tiroid kanan dan sebaliknya pula kalau lebih 5cm... 


but then keputusan makmal pun keluar dan totally tiroid Nai tu sel kanser je yang diorang jumpa, so nak tak nak kena buang sebelah lagi sebab doktor risau kalau-kalau dah tersebar ke tiroid kanan.


Tapi nak dijadikan cerita after second operation, keputusan tiroid kanan Nai clean, normal tiroid. Sob sob. 😭 Takpelah nak buat macam mana kan. Sekarang Nai kena makan ubat thyroxine semur hidup. Huhuhuhu.


Last but not least, sekarang Nai tengah menjalani treatment minum radioaktif untuk matikan sisa-sisa sel kanser tiroid yang kemungkinan tak nampak di mata kasar. Nai dah buat 2 kali treatment ni alhamdulillah keputusan dia positif, tinggal one more treatment radioaktif, if next treatment keputusan masih elok, nai dah tak perlu minum radioaktif lagi. Nai hanya perlu jalani check darah je pula.  Hooreyyy πŸ˜†


Thank you, sudi baca. If ada pertanyaan mengenai perkara ini, jangan segan silu.. tanya je. In shaa Allah, mana Nai tahu, nai reply. 😁



Assalamualaikum,

Alhamdulillah kembali Nai selepas bertahun tak update blog. Last Nai update adalah pada tahun 2017, lebih kurang 2/3 tahun lepas. Sekarang Nai kembali dengan new look on my blog. Ehek.

Aigo. Sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak habis 2020. In shaa Allah lepas ni Nai akan rajinkan diri lebih sikit untuk update blog nai, maklumlah seperti yang dah ada sedia maklum Nai ambil course Diploma Interior Design di UiTM Seri Iskandar. Nai pun dah hampir nak tamat pada bulan Februari 2021 tahun depan. Tak lama dah. In shaa Allah. Tapi bulan Oktober ni Nai akan kembali ke UiTM untuk habiskan sesi pembelajaran so haa, tengoklah macam mana kan. Malas dan Nai mana boleh berpisah. Baahahahaha.

Cerita pasal masuk Uni balik ni, sejujurnya Nai tak tahu lah macam mana nanti kami akan belajar secara face to face atau online dengan keadaan Covid-19 yang masih lagi melanda bukan sahaja negara kita, malah seluruh dunia sedang menghempas pulas melawan pandemik ni. Nai harap tak ada lah apa-apa lagi cerita buruk sepanjang Sem akan datang ni. In shaa Allah. 

Nak-nak masa Nai praktikal pada tahun 2019, Nai terpaksa postpone 1 Sem, Nai ambil Special Leave disebabkan masalah kesihatan yang agak memerlukan perhatian ketika itu. Haa, yang pasal kesihatan ni, nanti akan datang In Shaa Allah nai akan update tentang kesihatan Nai ni di post yang akan datang. In shaa Allah. 

Disebabkan postpone 1 sem ni, Nai agak kebelakang dari kawan-kawan yang lain which is diorang telah pun tamat pembelajaran mereka manakala Nai masih lagi mengejar dibelakang. Tipulah kalau cakap tak sedih, tak kecewa. Masatu hanya Allah yang tahu perasaan Nai, depression dan anxiety menghantui diri. Malah, Nai juga mengelak diri dari kawan-kawan Nai. Nai lebih suka bersendirian. Kadang marah tak tentu pasal. Orang tanya elok, Nai jawab kasar. Maaflah pada sesiapa yang Nai terkasar bahasa. Sumpah, tiada niat untuk menyakiti. Nai harap korang faham dengan keadaan Nai masatu. Huhuhuuhu.

Okaylah, sampai sini sahaja post kalini. 

In Shaa Allah, Nai akan cuba kerapkan lagi untuk hidupkan blog Nai ni. Bukan nak buat apa pun blog ni, sekadar menceritakan pengalaman dan kongsikan ilmu yang Nai pelajari. 

Terima kasih sudi baca sampai habis :)