Back, I guess?

, , No Comments


Assalamualaikum,

Alhamdulillah kembali Nai selepas bertahun tak update blog. Last Nai update adalah pada tahun 2017, lebih kurang 2/3 tahun lepas. Sekarang Nai kembali dengan new look on my blog. Ehek.

Aigo. Sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak habis 2020. In shaa Allah lepas ni Nai akan rajinkan diri lebih sikit untuk update blog nai, maklumlah seperti yang dah ada sedia maklum Nai ambil course Diploma Interior Design di UiTM Seri Iskandar. Nai pun dah hampir nak tamat pada bulan Februari 2021 tahun depan. Tak lama dah. In shaa Allah. Tapi bulan Oktober ni Nai akan kembali ke UiTM untuk habiskan sesi pembelajaran so haa, tengoklah macam mana kan. Malas dan Nai mana boleh berpisah. Baahahahaha.

Cerita pasal masuk Uni balik ni, sejujurnya Nai tak tahu lah macam mana nanti kami akan belajar secara face to face atau online dengan keadaan Covid-19 yang masih lagi melanda bukan sahaja negara kita, malah seluruh dunia sedang menghempas pulas melawan pandemik ni. Nai harap tak ada lah apa-apa lagi cerita buruk sepanjang Sem akan datang ni. In shaa Allah. 

Nak-nak masa Nai praktikal pada tahun 2019, Nai terpaksa postpone 1 Sem, Nai ambil Special Leave disebabkan masalah kesihatan yang agak memerlukan perhatian ketika itu. Haa, yang pasal kesihatan ni, nanti akan datang In Shaa Allah nai akan update tentang kesihatan Nai ni di post yang akan datang. In shaa Allah. 

Disebabkan postpone 1 sem ni, Nai agak kebelakang dari kawan-kawan yang lain which is diorang telah pun tamat pembelajaran mereka manakala Nai masih lagi mengejar dibelakang. Tipulah kalau cakap tak sedih, tak kecewa. Masatu hanya Allah yang tahu perasaan Nai, depression dan anxiety menghantui diri. Malah, Nai juga mengelak diri dari kawan-kawan Nai. Nai lebih suka bersendirian. Kadang marah tak tentu pasal. Orang tanya elok, Nai jawab kasar. Maaflah pada sesiapa yang Nai terkasar bahasa. Sumpah, tiada niat untuk menyakiti. Nai harap korang faham dengan keadaan Nai masatu. Huhuhuuhu.

Okaylah, sampai sini sahaja post kalini. 

In Shaa Allah, Nai akan cuba kerapkan lagi untuk hidupkan blog Nai ni. Bukan nak buat apa pun blog ni, sekadar menceritakan pengalaman dan kongsikan ilmu yang Nai pelajari. 

Terima kasih sudi baca sampai habis :)

0 comments:

Post a Comment

Leave your comment below chio!