20 lagi 'KALAU CINTA'

, , No Comments
assalamualaikum hari ni Nemi nak sambung yang x habis lagi tu ok :)...bgy yg tak tau yg mana satu nemi cakap ni boleh la tekan ~>sini

Kalau cinta itu ketupat,
terlebih beras akan keras,terkurang pasti lembik...
Kalau cinta itu mangga muda,
sakit perut semalaman enaknya tetap dikejar juga...
Kalau cinta itu seluas bendang,
selepas hujan melimpah ruahkan hasilnya ?
Kalau cinta itu sambal,
pedasnya tidak menjauhkan aku daripadamu...
Kalau cinta itu rahsia,
sampai bila aku harus bersembunyi...
Kalau cinta itu hutang,
berapa banyakkah bunga yang tertinggal ?
Kalau cinta itu satu destinasi,
mengapa langkah kita tidak sehaluan ?
Kalau cinta itu air mata,
derainya langsung tidak menyentuh hatimu...
Kalau cinta itu twisties,
perasa tomato,keju dan BBQ yang mana satu?
Kalau cinta itu nombor,
benarkah aku terasa kosong tanpa kamu ?
Kalau cinta itu kerabu,
segarnya mampu mengecurkan kamu...
Kalau cinta itu kalsium,
kuatkah aku menongkah arus merebut perhatianmu ?
Kalau cinta itu hujan,
basah lencun tetap hati resah hujan...
Kalau cinta itu keropok,
pasti rangupnya sedap gila...
Kalau cinta itu hutan,
harus aku sesat mencari jalan pulang...
Kalau cinta itu mimpi,
semalaman aku mahukan kamu...
Kalau cinta itu magik,
sembunyikan aku dari segala tipu helahmu...
Kalau cinta itu robot,
biar aku pegang 'remote control'nya...
Kalau cinta itu Celcom,
tahulah kamu ini sentiasa wilayahmu...
Kalau cinta itu rahsia,
biar terus kekal antara kita... 

0 comments:

Post a Comment

Leave your comment below chio!