FAKTA YG MENGEJUTKAN!!
Harus semua ambil iktibar...
SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!
Berlaku
di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh
disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup
dulu pernah
diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".
Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu
ditutup.
Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum
menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan
meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi
perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi
begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan
harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden
yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu
dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara
orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak
kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang
sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat
roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana
mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam
Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan
mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika
sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar
seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Ia
cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia
mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam
sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia
berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh
kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah
terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu
gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun
diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil
meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila
sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi
tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "
"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "
Tahniah kerana minat membaca.
credit to : Kak Hanah
0 comments:
Post a Comment
Leave your comment below chio!