Sebagaimana kita ketahui bahwa merokok
lebih banyak memberi kerugian berbanding keuntungan. Merokok
meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis
penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin
ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan buruk kepada hampir setiap
organ dan tisu badan manusia. Walaubagaimanapun orang ramai tetap
merokok dan semakin banyak anak muda yang mulai berjinak-jinak belajar merokok.
Keburukan merokok dan Mengapa Perlu Berhenti Merokok
1. Merokok memberi keburukan kepada
semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana merokok memberi kesan
buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga. Ibu yang
mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan
atau mati selepas lahir.
2. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap
rokok boleh menyebabkan kanak-kanak sering sakit dengan mengalami
batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak,
mengalami perkembangan paru-paru yang lemah, mendapat asma
Faedah-Faedah yang diperolehi Jika Berhenti Merokok
* Panjang umur – Satu dari dua perokok
akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok
membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
* Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya
– Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya
boleh menyebabkan kanser.
* Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis
penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung,
penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit
perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
* Kehidupan yang lebih sihat kerana
mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain
penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
* Mencegah daripada mendatangkan
keburukan kepada orang lain kerana apabila anda merokok, ia memberi
kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh
mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan
pernafasan
* Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
* Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
* Meningkatkan deria bau dan rasa
* Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
* Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
* Menjimatkan wang.
* Melindungi alam sekitar dari pencemaran asap rokok.
* Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
Tips Bagaimana Cara Untuk Berhenti Merokok Cara Betul dan Berkesan
Terdapat pelbagai kaedah untuk berhenti
merokok. Tapi pastikan anda pelajari kaedah yang betul dan jangan
tersilap perhitungan. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda
untuk menjadikannya satu kenyataan. Usaha tangga kejayaan.
1. Tetapkan tarikh untuk berhenti iaitu target untuk korang berhenti merokok.
2. Yakin diri dan kuatkan azam untuk berhenti merokok.
3. Buatkan nota peringatan dan lekatkan di mana-mana tempat yang mudah untuk korang lihat sebagai peringatan.
4. Katakan pada diri “Saya Bukan Perokok” dan tekadkan pada diri “Saya Mampu Berhenti Merokok!”/
5. Sentiasa berfikiran positif.
6. Dapatkan sokongan daripada keluarga tersayang dan juga rakan taulan.
7. Minum air kelapa muda bagi menghilangkan rasa ketagihan untuk merokok.
8. Setiap kali terasa untuk merokok cuba
lengahkan dengan membuat perkara lain sehingga terleka dan lupakan
perasaan untuk merokok.
9. Buang segala rokok dan kotak rokok yang masih terdapat dalam simpanan.
9. Yang penting amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tips Berhenti Merokok 12 M :
- Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.
- Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
- Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.
- Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
- Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok sehingga korang benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok.
- Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.
- Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
- Membasuh tangan selalu.
- Mandi dengan kerap.
- Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
- Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.
- Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.
0 comments:
Post a Comment
Leave your comment below chio!