Assalamualaikum..
nemi nak buat tips cara menarik pembaca ke blog..
ok tanpa membuang masa..nemi mulakan yer
1. Tajuk yang "SUPERPOWER"
Ok
. Apa yang dimaksudkan dengan "superpower" ni ? Eh . Jangan salah
anggap pulak . Superpower ni bukan yang Super Power Kacip Fatimah yang
mak - mak korang minum tuu . Bukan . hehe . Maksud Nemi dekat sini
Tajuk korang mesti lah gempak dan kreatif supaya pembaca akan tertarik untuk baca isi di entry korang tu .
Sebab
tajuk entry pun memainkan peranan yang agak penting lah untuk menarik
pembaca ke blog . Ok , dekat sini Nemi kasi satu contoh lah . Misalnya ,
kalau entry korang bertajuk " Makanan Kegemaran Saya" . Agak - agak ramai tak pembaca yang nak baca berbanding dengan entry yang bertajuk " Chicken Chop Paling Enak Yang Pernah Aku Makan " .
Mana agaknya yang menarik korang untuk baca ? HEHE .
Nemi pun kadang - kadang tu , banyak jugak menghabiskan masa memikirkan tajuk yang sesuai daripada isi yang sepatutnya disampaikan .
Agak kelakar di situ . Sepatutnya . Isi yang mengambil masa yang lama .
Ni takk . Terbalik pulak . hekhek . Tapi .. amaran keras ni ! Chewahh .
Jangan pulak bagi tajuk yang TERLEBIH SUPERPOWER . Tapi , entry nya . Alahaii . Satu pun tak de kaitan . hekhek . Marabahaya namanya tuu .
2. Ayat disusun secara rapi BUKAN berapi - rapi !
Cuba korang belek balik entry korang yang lepas - lepas .
Ayat yang disusun rapi ke , ayat yang berapi - rapi ? HAHA . Bila Nemi
belek balik entry Nemi yang lama tu . Nak tergelak pun ada
bila baca balik . Banyak dengan entry yang berapi - rapi . hekhek . Tapi lama - kelamaan Nemi sedar . Kita
kalau nak tulis ayat mesti ok . Perkataan perlulah ditulis dengan penuh
- sepenuh penuhnya . Bagi yang suka tulis secara singkatan . Tolong
elakkan .
Contoh :
"Blog aq ni cantek ! len dr yg len :3"
Apa tu ? uhuk . Nemi tahu lah korang paham dengan bahasa yang sedemikian . Tapi , kalau boleh cubalah elakkan ye . Sebab pembaca blog bukanlah dikategorikan dengan remaja sahaja .
Tak . Pembaca blog terdiri daripada semua peringkat umur . Jadi ,
tolonglah disiplinkan diri korang dengan menaip entry dengan kata-kata
dan perkataan yang sesuai ye.
3. Isi artikel yang bermanfaat
Perkara tentu ramai yang sudah tahu . Nak tulis entry atau artikel biarlah yang bermanfaat . Tak
kira lah blog tuh , blog personal ke , blog yang penuh dengan informasi
ke . Asalkan bermanfaat kepada semua . Bagi yang suka menceritakan hal
peribadi , selitkan dengan pengajaran atau apa2 je lah yang berkaitan . Baru orang suka dan lebih tertarik untuk masuk ke blog korang . HEHE . Tak gitu ?
Sekian :) Happy Blogging yeah (!)
0 comments:
Post a Comment
Leave your comment below chio!