1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato
Buah tomato ini mempunyai pelbagai
khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk
kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga
menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke
seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering
barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga
dengan makan tomato.
2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…
3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain
dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut
jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan
bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada
bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi
dan waktu petang. Yang penting berterusan.Sapu
lidah buaya kat muka ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.
4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada
bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian
baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu
untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada
wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi
pada diri nemi. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.
5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur
First, pisahkan kuning telur dengan
putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu
pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini
berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali
menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam.
Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan
korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada
hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada
tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini pun menjadi nemi amalkan.
6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu
ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam.Nemi suka bau pucuk jambu batu wangi.
7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.semua orang mesti tak suka dengan jerawat.Lebih-lebih lagi jerawat yang ada kat muka yang mengganggu penampilan kita kan ? Parut jerawat kebiasaannya tidak mudah hilang dari muka
Yang penting untuk amalkan tips ini kena
rajin dan konsisten. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan
bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu,
jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha
namun Tuhan yang menentukan. Untuk mengetahui mana satu kaedah yang
sesuai kita kenalah usaha untuk mencuba Tips Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah dan Cepat ye!
Askom tumpang tnye? Nk amek masa brapa lama untuk hilangkn bekas jerawat..haritu sye ade cuba gunakan ubat gigi sblom tdo..tp kulit jd kring dan bertambah bintik hitam..persoalannya ape harus sye buat?
ReplyDeleteSaye ade gune lidah buaye.Berkesan jugak lah.
ReplyDeleteAda risiko tak kalau guna cara ni
ReplyDeleteTak ada risiko kerana bahan-bahannya yang digunakan terdiri daripada sumber semulajadi.tak ada kesan sampingan malah kulit kita akan bertambah sihat.
Deletethanks ^^
ReplyDeleteNak try yg cara kulit kayu manis dgn madu..
ReplyDeleteAssalam ...nk tnyew mcm mnew klu kte nk tau,ksn nyew??
ReplyDelete