Perkara yang dapat dilakukan ketika dilema kebosanan

, , No Comments



Assalamualaikum

Pernahkah anda mengalami situasi di mana ketika itu anda tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan?Ianya pasti membosan dan melesukan.

Malah,perkara yang mungkin dapat menghiburkan hati anda seperti televisyen atau berjalan-jalan di pusat membeli-belah juga tidak dapat membantu menghilangkan kebosanan anda.

Saya pasti tentu anda pernah.

Jadi,di sini saya ingin mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan.Saya tidak akan mencadangkan anda perkara-perkara yang bakal menghabiskan waktu anda dengan sia-sia.

Tetapi,saya akan menyenaraikan perkara-perkara yang dapat membawa manfaat kepada diri anda


1) Pergi Ke Masjid Terdekat Dan Dirikan Sembahyang Tahiyatul Masjid

Kadangkala kebosanan anda itu mungkin melanda akibat dari anda sudah jemu dengan perkara-perkara yang rutin di sekeliling anda.Atau anda bosan dengan rutin harian seperti melayari internet yang sama setiap hari.

Apa kata anda ambil kesempatan dengan kewujudan masjid di Malaysia yang begitu banyak untuk menambahkan amalan anda di samping dapat menenangkan hati anda..
Ya.Mungkin bagi golongan yang urban,mereka tidak merasa ini fun,tetapi bagi saya personally, saya suka pergi ke masjid untuk bersendirian ketika ada kelapangan (duduk beriktikaf).

Ini lebih-lebih lagi sejak saya melanjutkan pelajaran di luar negara.Kerana di luar negara (terutamanya yang bukan negara Islam),tidak banyak masjid didirikan.

Jadi,ketika pulang cuti musim panas baru-baru ini,saya sering pergi ke masjid terdekat ketika ada kelapangan.Dan Alhamdulillah saya boleh jamin anda pasti akan merasa ketenangan ketika masuk ke dalam masjid.

Ini kerana masjid itu mengikut kajian saintifik di dalamnya terdapat tenaga-tenaga positif yang dapat menenangkan hati dan minda kita di dalamnya akibat dari perbuatan ibadat orang ramai di situ setiap hari.

Tetapi,ingat.Pastikan anda pergi ke masjid itu ikhlas.Bukan untuk menunjuk-nunjuk.Niat itu penting dalam setiap perkara.

2) Memasak

Bagi anda yang pulang bercuti,anda pasti akan berasa bosan kerana ketiadaan ahli keluarga yang ramai di rumah melainkan hanya ibu bapa anda.Daripada anda hanya menjadikan rumah itu sebagai rumah tumpangan,baik anda membuat sesuatu yang menggembirakan hati ibu anda.

Apa yang perlu dilakukan?Saya tidak pernah memasak?Pasti tidak sedap.

Mungkin itu antara persoalan yang berlegar di minda anda.Tetapi,jangan risau.Hidup ini proses belajar.Saya juga dahulunya tidak pernah memasak.Tetapi,sejak duduk di luar negara,kebolehan saya memasak (Alhamdulillah) meningkat seperti kemahiran memasak Chef Wan.

Sebagai permulaan,anda hanya perlu menghidupkan enjin kenderaan anda (atau berjalan kaki) ke kedai runcit berhampiran rumah dan membeli beberapa bahan keperluan untuk memasak.

Janganlah hanya memasak benda-benda yang ringkas.Cabar diri anda.Dari cabaran inilah yang akan mendatangkan fun itu.Contohnya,anda boleh memasak ayam masak kicap.Jika gagal,tidak mengapa.Belajarlah untuk ketawa dari kegagalan diri.

Tentang resipi,bukankah terdapat perkhidmatan Google?Resipi ayam masak kicap boleh didapati di sini sebagai contoh.

Dan,melalui memasak,anda juga dapat menggembirakan hati ibu bapa anda.Bukankah berbuat baik kepada ibu bapa itu mendatangkan pahala kepada diri kita?

Idea ini tidak hanya dihadkan kepada perempuan sahaja.Lelaki juga boleh.Jangan terlalu berfikiran sempit dengan mengatakan memasak itu khas untuk perempuan.Come on,grow up.Kita sudah millenium.

3) Mengemas Halaman Rumah/Bilik/Ruang Tamu Kediaman Anda

Mungkin anda menjadi bosan kerana persekitaran anda yang terlalu membosankan dan bersepah.Cuba anda buangkan sedikit kemalasan anda,dan mula mengemas halaman rumah.

Saya secara peribadi,apabila selesai sahaja mengemas rumah,saya akan merasakan sesuatu yang puas pada diri kerana setelah itu anda boleh hidup dalam keadaan aman.

Jika anda hidup di hostel,anda boleh mencuci bilik anda,atau vakum bilik anda.

Bagi lelaki pula,jika anda pulang bercuti ke rumah orang tua,anda boleh menyapu-nyapu daun kering di halaman rumah mereka.Anda boleh mengajak ayah atau adik anda bersama-sama dengan anda menjayakan aktiviti ini.

Tidakkah itu fun?Saya sebagai seorang lelaki amat suka mengemas dan menyapu halaman rumah terutamanya halaman rumah kampung.Seperti ada kepuasan peribadi yang terhasil.

Kerana anda boleh mengeratkan silaturahim bersama keluarga tercinta di samping melihat dengan kepuasan daun-daun kering dibakar.Anda juga boleh mengeluarkan peluh.Sekurang-kurangnya,tidaklah anda asyik duduk di depan komputer sahaja menggemukkan badan.

4) Pergi Berjalan-Jalan Di Tempat Yang Anda Tidak Pernah Pergi Di Dalam Bandar Anda

Jika bandar kediaman anda adalah bandar kecil,apa salahnya anda pergi bersiar-siar menaiki motosikal bersama anak/adik anda.Anda boleh membawa mereka memasuki kampung-kampung yang anda tidak pernah pergi.

Atau,jika anda duduk di Kuala Lumpur,apa kata anda pergi ke muzium-muzium yang selama ini anda hanya pernah lihat dari luar,tetapi tidak pernah memasukinya.

Bukankah saya pernah sebutkan di atas,hidup ini proses belajar.Hidup yang dilalui dengan perkara yang sama setiap hari tentulah amat-amat membosankan.

Itu sahaja yang dapat saya senaraikan buat masa ini.Aktiviti-aktiviti yang lain adalah seperti di bawah :

1) Membawa anak-anak bermandi-manda di pantai.
2) Mendengar ceramah agama.
3) Bergotong-royong mengemas rumah.
4) Mengubah-suai kedudukan perabut rumah anda.

Kesimpulan
Aktiviti-aktiviti yang saya cadangkan ini untuk pengetahuan anda,bukan untuk mendatangkan fun seperti fun yang anda boleh dapat dengan pergi ke kelab malam,sebaliknya aktiviti-aktiviti ini dicadangkan supaya anda dapat merehatkan minda anda dan mengeratkan silaturahim bersama keluarga.

Aktiviti-aktiviti ini juga dicadangkan supaya anda tidak berfikir melalui pandangan yang sama tentang kehidupan ini.Kadangkala,back to nature itu boleh membuka minda anda tentang hidup ini.

Anda juga bakal menjadi lebih berdikari dan dapat melihat bahawa tidak semua orang mempunyai hidup yang indah.Jadi,janganlah merungut tentang kebosanan dan kesedihan anda setiap masa.

Sekian sahaja dari saya buat masa ini.

Ingat,berhibur boleh.Tetapi,hendaklah berlandaskan syariat Islam.Tidak berlebih-lebihan.Jika kita ini mengaku umat Islam,pengakuan itu hendaklah selari dengan perbuatan kita.Jika tidak tahu apakah perbuatan yang selari itu,carilah ilmu.

Selamat beraktiviti.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari setiap perbuatan yang kita lakukan.Dan semoga Allah merahmati kita.

Insya-Allah.

Assalamualaikum.

0 comments:

Post a Comment

Leave your comment below chio!