- Anak kucing berusia1 hari hingga sebulan adalah sgt lemah dan sangat2 memerlukan penjagaan rapi.Anak kucing pada usia ini perlu diberi susu (belikan formula khas utk anak kucing) setiap 3-4 jam sehari iaitu lebih kurang 7-8 kali sehari. Ia juga perlu diletak di tempat yang hangat dan selesa.Cara mudah ialah isi air panas dlm botol tahan panas, dan balut botol tersebut dgn selimut/blanket kemudian letakkan dlm kotak/bakul tempat anak kucing itu berada.Anak kucing yang sgt kecil ini mungkin akan membuka mata pada usia 2 minggu.Anda juga hendaklah merangsang ia kencing dan membuang najis setiap kali lepas menyusu dengan melapkan kapas/tisu basah di bhgn punggung anak kucing itu.Ini kerana ia cuma akan membuang najis apabila dirangsang oleh rangsangan sentuhan seperti jialatan ibu kucing tersebut sewaktu membersihkannya.
- Pada usia 2 minggu, bawalah ia ke klinik vet untuk mendapatkan rawatan kecacingan. Pada usia ini juga ia sudah boleh diajar cara membuang najis di dlm litter box yang berisi pasir(litter sand).Tetapi ia mungkin memerlukan lebih kurang 2-4 minggu utk mahir kerana ia tiada ibu sebenar utk mengajarnya.Apa yang anda boleh buat ialah , bawa anak kucing ke litter box dan sapukan kaki hadapannya ke atas pasir litter atau,ambil sedikit najisnya dan letakkan sedikit di dlm litter box, insya Allah ia tahu bhw di situlah "Tandas" baginya.
- Doktor veterinar akan memeriksa kucing anda apabila dibawa ke klinik dan jadual pemvaksinan akan ditentukan oleh dokter.Ubat nyahkutu dan syampu antikutu cuma sesuai dipakaikan kepada anak kucing berusis 7-8 minggu kerana ia mengandungi toksik yang boleh menjejaskan perkembangan buah pinggang dan hati anak kucing anda.
- Pada usia satu bulan anak kucing boleh diajar memakan mkn separa pejal seperti ikan/ayam rebus atau mknn yang siap dipaket(tuna/chicken, sardine dll berjenama seperti whiskas, snappy tom, royal canin, science diet dll).
- Pada usia dua bulan ia sudah bersedia bagi mknn pejal seperti cat biscuits(disarankan membeli cat biscuits stage kitten 2-6 bulan).Perlu diingatkan kucing adalah haiwan karnivor dan memerlukan makanan berasaskan ayam/daging atau ikan, bukannya makanan manusia seperti nasi dan roti. Apabila anda memberi kucing mkn nasi, ia samalah seperti anda memberi lembu memakan daging @ikan! Anak kucing sgt kuat bermain-main dan amat sesuai jika anda membela sekurang2 nya 2 ekor supaya ia ada kwn dan tidak bosan apabila anda tiada di rumah.Kucing yang bosan cenderung merosakkan /menggaru perabut atau kencing/berak merata2.
p/s:kalau nak amik anak kucing yng baru sahaja lahir boleh tapi kenalah amik ibunya sekali .. ataupun tunggu sehingga anak kucing tu habis menyusu dah boleh makan benda lain korang amiklah anak kucing tu
0 comments:
Post a Comment
Leave your comment below chio!